Thursday, 28 August 2014

Hapy Bday my fwen (Lamuti)


Happy bday my fwen....happy always selalu, 
Jangan kegit2 dan cepat2 cari jodoh k,,,,

Friends forever,,,,muah
!!!!





Sory..tpksa post gambar lma dulu..hiihih.
smile always and mantain slim miss lamp!!

Kisah kami sekawan













Rancangan Pengajaran Harian sejarah tahaun 4

Description: H:\D\M4600 DESKTOP\LOGO IPG.pngText Box: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR
SARAWAK









RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
S E J A R A H
TAHUN EMPAT



DISEDIAKAN OLEH
PELAJAR







.................................................
PISMP (SEJARAH) JAN. 2013
SEMESTER 3



DISEMAK OLEH
GURU PEMBIMBING


DISAHKAN OLEH
GURU BESAR

          DISEMAK OLEH
PENSYARAH PENYELIA
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) SEJARAH TAHUN EMPAT


Tarikh (Hari)
Masa
Tahun / Kelas
Bilangan Murid
:
10 Januari 2014 (Jumaat )
0800-0900 ( 60 minit )
4 Cemerlang
20 orang
Tema
Tajuk
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
:
:
:
:
SEJARAH AWAL NEGARA
5.      TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
5.2    Parameswara Sebagai Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
5.2.3 dan K 5.2.6

Objektif Pembelajaran
:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.      Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka berdasarkan penerangan guru.
2.      Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kepentingan menghargai sumbangan
         seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat berdasarkan perbincangan
         dalam kumpulan.

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
:

Elemen Asas Sejarah
-       Peristiwa
-       Tokoh
-       Tarikh
-       Masa

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

:
:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Nilai Murni     : Nilai Berdikari, Kerjasama dan Kerajinan
Aplikasi TKP : Verbal-linguistik dan Interpersonal


Bahan Bantu Mengajar (BBM)
:

Laptop dan LCD Projektor,
Pakej Slaid Pengajaran dan Pembelajaran,
Lembaran Kerja




PROSEDUR PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah

Standard Pembelajaran /
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
BBM / EMK / KPS
Catatan


Set Induksi
(5 minit)


Mesej tayangan video Coswer Empayar Melaka”:
  • Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
  • Peristiwa pembukaan negeri Melaka (1400)
  • Era kegemilangan Kesultanan Melaka (1456-1488)
  • Pergolakan kuasa (1488-1511)
  • Portugis menawan Melaka ( 24 Ogos 1511)

Tajuk Pelajaran: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu
                         Melaka
Isi Pelajaran:
·Peristiwa pembukaan Melaka
·Kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin.


1.  Guru menggunakan quiet signal untuk memastikan semua murid memberi tumpuan  dan perhatian.

2.  Murid-murid melihat tayangan video “Coswer Empayar Melaka” tentang peristiwa pembukaan Melaka yang dipaparkan melalui LCD Projektor.

3.  Murid-murid diminta menyatakan tentang mesej yang disampaikan melalui tayangan video tersebut.

4.  Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk pelajaran.


BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi


Langkah 1
(15 minit)


1.   Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka

a.   Peristiwa pembukaan Melaka
  • Parameswara dan pengikut-pengikutnya pergi berburu di muara Sungai Bertam.
  • Ketika Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, tiba-tiba anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk kecil.
  • Parameswara menganggap peristiwa tersebut luar biasa kerana keberanian pelanduk kecil tersebut.
  • Parameswara berpendapat tempat itu amat sesuai untuk dijadikan negeri.
  • Parameswara mengambil keputusan untuk mendirikan kerajaan di situ.
  • Parameswara menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat beliau berehat.
  • Parameswara melakukan pelbagai langkah untuk membina dan membangunkan kerajaan Melaka.
  • Parameswara menyusun satu sistem pentadbiran yang lebih teratur.









  1. Guru menerangkan kepada pelajar tentang peristiwa pembukaan Melaka dengan menggunakan teknik bercerita serta menggunakan bantuan Slaid Pengajaran dan Pembelajaran yang dipaparkan melalui LCD Projektor.


  1. Murid-murid mendengar penerangan guru tentang cerita tentang peristiwa pembukaan Melaka sambil mencatat isi-isi penting pada kertas kosong atau buku cacatan.


  1. Langkah Pelaksanaan Teknik Bercerita

a. Persediaan Awal
  -Tema cerita haruslah mengikut standard pembelajaran yang ingin diajar.
- Cerita tidak terlalu panjang.
- Bahan bantĂș mengajar digunakan.





b. Semasa bercerita
- Kemahiran verbal-lingusitik digunakan.
- Guru memainkan peranan dalam mengawal suasana kelas.

c. Selepas bercerita
- Meringkaskan cerita.
- Membina soalan berdasarkan cerita.

BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P

KAEDAH/TEKNIK
Teknik Bercerita

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi
Nilai Kerajinan

KPS
Elemen Asas Sejarah  (Peristiwa, Tokoh, Tarikh dan Masa)


Langkah 2
(20 minit)


2. Menyenaraikan kepentingan menghargai
   sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati
   dalam masyarakat.
  • Menghargai pemimpin sebagai seorang tokoh.
  • Supaya jasa dan pengorbanan pemimpin terus dikenang.
  • Melahirkan warganegara yang berjiwa patriotik.
  • Memperkasakan kedaulatan negara.
  • Melahirkan warganegara yang setia kepada negara.

1.      Guru menerangkan konsep kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin kepada kelas.

2.      Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang ketua, material monitor dan pelapor.

3.      Material monitor mengambil petikan, pen marker dan pengurusan grafik dari meja guru.

4.      Setiap kumpulan membaca petikan dan membincangkan tentang isi pelajaran. Isi pelajaran dirumuskan dalam bentuk pengurusan grafik.

5.      Wakil kumpulan melaporkan hasil kerja dengan bantuan pengurusan grafik.

6.      Guru membuat rumusan isi pelajaran dan seterusnya menerapkan nilai kerjasama dan berdikari.



BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P

KAEDAH/TEKNIK
Perbincangan Kumpulan

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi
Nilai Berdikari, Kerjasama dan Kerajinan.



Langkah 3
(15 minit)


Pentaksiran Formatif

Aktiviti soal jawab tentang:
  • Peristiwa pembukaan Melaka
  • Kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat.






Contoh-contoh Soalan
a)      Siapakah nama pengasas Melaka?
b)      Apakah haiwan yang menendang anjing perburuan Parameswara?
c)      Apakah nama pokok tempat Parameswara bersandar?
d)      Apakah yang dilakukan oleh Parameswara untuk membangunkan Melaka?
e)      Nyatakan kepentingan menghargai sumbangan seseorang pemimpin yang dihormati dalam masyarakat.

BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
(Soalan-soalan)

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi
Nilai Bertanggungjawab
Kecerdasan Verbal-Linguistik



Penutup
(5 minit)

1.   Penutup Kognitif

1.1 Rumusan Isi Pelajaran
1.2 Aktiviti Susulan
      Lembaran Kerja sebagai aktiviti susulan dan
      pengukuhan

2.  Penutup Sosial
  • Perasaan pencapaian
  • Peneguhan positif
  • Membuat perkaitan
  • Perasaan ingin tahu


1.   Guru merumuskan isi kandungan pelajaran yang telah dipelajari dengan bantuan persembahan powerpoint.

2.   Material monitor diminta mengedarkan lembaran kerja kepada ahli-ahli pasukan masing-masing.

3.   Guru menimbulkan perasaan pencapaian murid dan memberikan peneguhan positif

4.   Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan pelajaran yang akan datang.


BBM
Laptop
LCD Projektor
Pakej Slaid P&P
Lembaran Kerja

EMK
Teknologi maklumat dan komunikasi
Nilai Berdikari dan Kerajinan







Disemak oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia





Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :

Disahkan oleh Guru Besar





Tandatangan :
Nama            :
Tarikh            :